Wednesday, January 5, 2011

Siapa kami?

Salam pembaca sekelian,

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan bantuan sahabat, ramai yang ingin menyumbang dan membayar zakat melalui INFAQSAYA (http://www.infaqsaya.com.my/). Maaf, saya terlupa nak mengenalkan diri kami...

SIAPA KAMI?
Sebuah kumpulan kecil yang berusaha mengumpul & mengkoordinasi dana (fund raising) dari invididu/syarikat korporat dan menyalurkannya kepada golongan asnaf zakat yang amat memerlukan dengan sistematik dan amanah, melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dari masa ke semasa. Alhamdulillah, kami semua bergerak secara sukarela dan yakin, inilah "pelaburan konfem untung"di kubur & akhirat kelak, insyaAllah.

TERDIRI DARIPADA :  (boleh call/sms/email kami)

 Sdr P Aizan Tukirin  
Project Advisor INFAQSAYA
Tel No : 018-222 1180
Email : aizantukirin@gmail.com 



Sukma Mohd Suki
Project Manager
Tel No: 019 791 6177






Zikri Fuad
Head of IT Support
Tel No: 013-338 5868
Email: zikrifuad@yahoo.co.uk


Zahir Mohd Talib
Head of Volunteer Management
Tel No: 012-381 2524
Email : mzahir74@gmail.com




LOKASI KAMI

D/A Islamic Outreach (IOA)
No 3402, Jalan Ampang Hilir 2
55000 Kuala Lumpur

Official websitehttp://www.infaqsaya.com.my

BAGAIMANA NAK MENYUMBANG?

Senang dan mudah saja tanpa apa-apa caj pun, sesiapa pun boleh menyumbang

Sumbangan/Infaq/Zakat
  • tunai (tak kira berapa amaun) ke dalam Akaun RHB Islamic Bank – 2140 1360 0070 55
  • Cek (sila hubungi Project Manager kami, Sukma)
  • Resit pengecualian cukai boleh dikeluarkan atas permintaan
(sila hubungi melalui sms/email/telefon Sukma, 019 791 6177, jika membuat sumbangan/zakat/derma dan nyatakan nama penyumbang, jumlah dan tujuan/pesanan jika ada. Ini membantu kami memantau dan mengurus dana dengan lebih efisien dan efektif)


Sumbangan tenaga / sukarelawan dan aktiviti / idea/ barangan (sila hubungi Sdr Zahir, mzahir74@gmail.com, 012-381 2524 )

PEMANTAUAN KEWANGAN
  • Kami dipantau dan audit oleh Majlis Kewangan yang terdiri dari professional dalam bidang audit, akaun, perbankan dan dana bantuan supaya amanah penyumbang diuruskan dengan terbaik, InsyaAllah. 
  • Kami juga akan kemaskini aktiviti melalui blog ini dari masa ke masa.
  • Penyata kewangan akan diberikan secara tahunan kepada penyumbang (terutama penyumbang tetap)  untuk memastikan integriti, amanah dan reputasi terjaga, InsyaAllah.





Friday, December 31, 2010

16 RAMADHAN : Sumbangan & berbuka puasa untuk 50 orang asnaf zakat

Dengan izin Allah, pada 26 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 Hijrah, INFAQSAYA telah meraikan lebih 50 orang asnaf zakat.

antara penerima sumbangan & zakat dan penyumbang di rumah perlindungan (bergambar bersama pengurus dan pembantu rumah perlindungan tersebut)

SIAPA MEREKA?
Mereka terdiri dari keluarga faqir miskin, anak yatim piatu serta keluarga mualaf yang amat memerlukan bantuan; dari sekitar Ampang & Klang. Mereka ini tidak mendapat perhatian dan bantuan umum (tidak seperti rumah anak yatim lain yang diraikan semasa Ramadhan).

antara penerima sumbangan bergambar semasa menunggu nak membayar di kaunter. 

OBJEKTIF & AKTIVITI

  • Meraikan dan membelikan pakaian untuk menyambut AidilFitri kepada asnaf zakat ini. 
  • Mengkoordinasi sumbangan infaq & zakat & derma dari para penyumbang
  • Merapatkan silaturrahim dan memahami permasalahan mereka supaya dapat memberi bantuan & aktiviti susulan untuk jangka panjang kelak
  • Berbuka puasa , tazkirah, majlis ilmu bersama 


Alhamdulillah, INFAQSAYA selaku pengurus dana infaq dengan kerjasama ABIM yang membantu mengkoordinasi program ini. Ia bermula dari awal pagi di pejabat ABIM PUSAT yang baru di Taman Cemerlang, Gombak dengan sedikit "briefing". Kemudian ramai-ramai naik kenderaan ke MYDIN USJ1 untuk program "shopping". Lepas tu, solat zohor > tazkirah > solat Asar dan kemudian bergerak beramai-ramai ke Restoran Wadi HadraMaut di Jalan Ampang untuk berbuka puasa (dengan makanan Arab la..).  Selepas Maghrib, program tamat dan bersurai.

Kami dari INFAQSAYA mengucapkan Alhamdulillah kerana dengan izin Allah, program ini berjalan lancar walaupun jalan agak jem pada hari tersebut. Kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua para penyumbang derma/infaq/zakat yang telah memberi kepercayaan kepada kami. Tidak lupa juga kepada para sukarelawan, penaja dan semua pihak yang terlibat yang banyak membantu merealisasikan program ini.

setelah penat bershopping (untuk pakaian Aidilfitri) dan kelengkapan asas lain di Mydin USJ1. 

Alhamdulillah, proses berjalan lancar dengan bantuan sukarelawan dan staf Mydin.


antara wajah-wajah ceria anak mualaf daif ini yang menerima sumbangan dari penderma dan pembayar zakat melalui INFAQSAYA.

ni kumpulan anak yatim yang miskin dari kawasan Ampang.

bayar bayar & bayar... nak membayar je dekat 30 minit pasal banyak barangnya kan.. 50 orang.


INGIN MENYUMBANG?
Anda dialu-alukan. Sumbangan dalam bentuk

  • Kongsi & forwardkan blog ini serta mesejnya kepada kawan-kawan, paklong, pakngah, sedara mara, dan yang sewaktu dengannya
  • Menjadi sukarelawan dalam aktiviti INFAQSAYA
  • Sebagai penyumbang derma dan/atau zakat kepada INFAQSAYA


Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://infaqsaya.com.my/ atau hubungi saudara ZAHIR 012-381 2524.

Moga "investment gerenti untung" ni menjadi pelaburan bijak di kubur & akhirat kelak. InsyaAllah.

Restoran Wadi Hadramaut - lokasi berbuka puasa bersama  

anak-anak menunggu dengan ceria untuk bersama-sama berbuka puasa dan menerima sedikit sumbangan dari penderma


beramai-ramai bergambar bersama sebahagian para penderma, sukarelawan dan penerima derma/zakat dalam program hari ini.


Sdr Aizan berposing bersama towkey restoran HadraMaut yang beri special price untuk majlis ini, Alhamdulillah.

Perodua bantu sponsor untuk kenderaan untuk hari tersebut untuk memudahkan pergerakan kami bersama asnaf zakat tersebut.

Thursday, December 30, 2010

Sumbangan Pakaian Sekolah : Rumah Hembusan Kasih Arau, Perlis

Alhamdulillah pada awal pagi 26 Disember 2010 baru ini, kami berenam telah ke RUMAH HEMBUSAN KASIH di Arau, Perlis. Rumah ini menempatkan 35 orang anak-anak yang terdiri dari golongan asnaf zakat (anak yatim, anak yatim piatu, dhaif), berumur 12 tahun ke bawah.

 
Sdr Zahir bersama sukarelawan dari Kuala Lumpur di rumah penginapan keluarga salah seorang dari sukarelawan di Asun, Kedah.

Siap berkhemah. Kami tiba dalam 835am. Anak-anak ini bersarapan dahulu sebelum memulakan aktiviti.


 Ini adalah antara program INFAQSAYA (http://www.infaqsaya.com.my/) menghantar, membahagikan dan memberikan pungutan sumbangan / infaq para penderma kepada mereka yang memerlukan.

Kehadiran kami disambut dengan baik oleh pengurus rumah tersebut, penjaga-penjaga serta wakil ABIM Perlis. ABIM selaku wakil yang membantu koordinasi program ini di sana. Kami disambut dengan ucapan aluan pengurus rumah tersebut dan persembahan nasyid oleh adik-adik yang menetap di rumah itu.

KENAPA IA DIPILIH?

  • Belum mendapat bantuan dari Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (dah mendaftar)
  • hanya mendapat bantuan dari pihak individu dan syarikat. Ada masa hanya cukup-cukup dan ada masa tak cukup
  • pengurusan rumah perlindungan ini nampaknya amat baik dan sistematik
  • kurang mendapat perhatian umum 


Untuk maklumat lanjut berkenaan rumah perlindungan dan anak yatim ini, sila layari http://hembusankasih.org/site/

OBJEKTIF LAWATAN INI

  • Memberi sumbangan pakaian (2 set seorang) untuk mereka yang akan bersekolah
  • Jika ada lebihan duit , bantuan dalam bentuk wang tunai kepada rumah tersebut
  • Membantu memberikan "exposure" kepada masyarakat berkenaan kewujudan dan keperluan rumah perlindungan tersebut
  • Investment dikubur dan akhirat kelak InsyaAllah (untuk penyumbang & sukarelawan & semua yang terlibat)

persembahan nasyid menyambut kehadiran kami oleh anak-anak perempuan

persembahan nasyid oleh adik-adik lelaki pulak. macam-macam gaya ada. macam silat ada, macam kungfu ada.. hu hu.. kreatif & innovatif

Sdr Zahir, saya, sukarelawan, pengurus rumah dan penjaga serta anak-anak bergambar beramai-ramai sebelum sessi "bershopping"

mari naik bas ramai-ramai. Bas sewa untuk ke Kangar.

ni le tempat "shopping" nye. Memang Sakan le kami borong. Alhamdulillah dan terima kasih juga kepada pemilik Pasaraya Borong Sakan , Tn Hj Omar yang memberikan diskaun lagi. Dah la harga murah, ada diskaun lagi. 

INGIN MENYUMBANG?
Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk kewangan dan/atau tenaga, sila lawati http://www.infaqsaya.com.my/. atau boleh hubungi Sdr Zahir 012-381 2524.

dah tak sabar-sabar ni.. nak masuk dah Pasaraya Borong Sakan..

para sukarelawan membantu. Mereka dibahagi kepada kumpulan kecil supaya mudah membantu, memantau dan merapatkan silaturrahim dengan adik-adik ini

sdr Zahir sedang ditemuramah oleh media. Ni dari Kosmo atau Sinar Harian?.. maaf terlupa. 

Alhamdulillah. Adik-adik ni sedang sibuk memilih, mencuba dan membeli pakaian sekolah. Pakaian terdiri dari baju, seluar / kain, talipinggang, kasut, stokin.

seronoknya adik ni. Alhamdulillah. Dapat 2 pasang, jaga baik-baik ye. 

yeah.. yeah.. nak try gak. muat ke tidak seluar ni. Alhamdulillah dapat 2 pasang pakaian sekolah seorang. 

Ni tengah dok pilih kasut la plak. Alhamdulillah staf Pasaraya pun ada membantu melicinkan perjalanan dan proses pembelian tersebut.

sedang bergaya & posing. sebab cameraman dari Harian Metro, Kosmo & Sinar Harian nak ambil gambar. Senyum.. nampak gigi sikit.. he he.

ni dah penat membeli belah. sementara nak tunggu cashier kira, kita ambil gambar la ye. klik klik.

sessi terakhir sebelum kami beredar. beri cenderahati (macam door gift, tapi door gift bagi masa sampai, yang ini terbalik pulak)

ada apa ye dalam tu?

sedang membelek dan "bertukar-tukar pendapat". Ada satu set pensil, buku nota, buku cerita, buku mewarna dan kotak pensil. 

kami bergambar bersama pengurus rumah Hembusan Kasih , Puan Halimaton. 

Alhamdulillah. Keratan akhbar dalam KOSMO 27 Disember 2010. 


Alhamdulillah, program ini berjalan lancar dan licin. Selepas 3pm gitu, kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. InsyaAllah di masa lain, aktiviti infaq akan berterusan kerana itulah tanggungjawab kita. Semoga ia mendapat keredhaan Allah dan menjadi "investment" untuk kita di dalam kubur & akhirat kelak, InsyaAllah.