Friday, December 31, 2010

16 RAMADHAN : Sumbangan & berbuka puasa untuk 50 orang asnaf zakat

Dengan izin Allah, pada 26 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 Hijrah, INFAQSAYA telah meraikan lebih 50 orang asnaf zakat.

antara penerima sumbangan & zakat dan penyumbang di rumah perlindungan (bergambar bersama pengurus dan pembantu rumah perlindungan tersebut)

SIAPA MEREKA?
Mereka terdiri dari keluarga faqir miskin, anak yatim piatu serta keluarga mualaf yang amat memerlukan bantuan; dari sekitar Ampang & Klang. Mereka ini tidak mendapat perhatian dan bantuan umum (tidak seperti rumah anak yatim lain yang diraikan semasa Ramadhan).

antara penerima sumbangan bergambar semasa menunggu nak membayar di kaunter. 

OBJEKTIF & AKTIVITI

  • Meraikan dan membelikan pakaian untuk menyambut AidilFitri kepada asnaf zakat ini. 
  • Mengkoordinasi sumbangan infaq & zakat & derma dari para penyumbang
  • Merapatkan silaturrahim dan memahami permasalahan mereka supaya dapat memberi bantuan & aktiviti susulan untuk jangka panjang kelak
  • Berbuka puasa , tazkirah, majlis ilmu bersama 


Alhamdulillah, INFAQSAYA selaku pengurus dana infaq dengan kerjasama ABIM yang membantu mengkoordinasi program ini. Ia bermula dari awal pagi di pejabat ABIM PUSAT yang baru di Taman Cemerlang, Gombak dengan sedikit "briefing". Kemudian ramai-ramai naik kenderaan ke MYDIN USJ1 untuk program "shopping". Lepas tu, solat zohor > tazkirah > solat Asar dan kemudian bergerak beramai-ramai ke Restoran Wadi HadraMaut di Jalan Ampang untuk berbuka puasa (dengan makanan Arab la..).  Selepas Maghrib, program tamat dan bersurai.

Kami dari INFAQSAYA mengucapkan Alhamdulillah kerana dengan izin Allah, program ini berjalan lancar walaupun jalan agak jem pada hari tersebut. Kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua para penyumbang derma/infaq/zakat yang telah memberi kepercayaan kepada kami. Tidak lupa juga kepada para sukarelawan, penaja dan semua pihak yang terlibat yang banyak membantu merealisasikan program ini.

setelah penat bershopping (untuk pakaian Aidilfitri) dan kelengkapan asas lain di Mydin USJ1. 

Alhamdulillah, proses berjalan lancar dengan bantuan sukarelawan dan staf Mydin.


antara wajah-wajah ceria anak mualaf daif ini yang menerima sumbangan dari penderma dan pembayar zakat melalui INFAQSAYA.

ni kumpulan anak yatim yang miskin dari kawasan Ampang.

bayar bayar & bayar... nak membayar je dekat 30 minit pasal banyak barangnya kan.. 50 orang.


INGIN MENYUMBANG?
Anda dialu-alukan. Sumbangan dalam bentuk

  • Kongsi & forwardkan blog ini serta mesejnya kepada kawan-kawan, paklong, pakngah, sedara mara, dan yang sewaktu dengannya
  • Menjadi sukarelawan dalam aktiviti INFAQSAYA
  • Sebagai penyumbang derma dan/atau zakat kepada INFAQSAYA


Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://infaqsaya.com.my/ atau hubungi saudara ZAHIR 012-381 2524.

Moga "investment gerenti untung" ni menjadi pelaburan bijak di kubur & akhirat kelak. InsyaAllah.

Restoran Wadi Hadramaut - lokasi berbuka puasa bersama  

anak-anak menunggu dengan ceria untuk bersama-sama berbuka puasa dan menerima sedikit sumbangan dari penderma


beramai-ramai bergambar bersama sebahagian para penderma, sukarelawan dan penerima derma/zakat dalam program hari ini.


Sdr Aizan berposing bersama towkey restoran HadraMaut yang beri special price untuk majlis ini, Alhamdulillah.

Perodua bantu sponsor untuk kenderaan untuk hari tersebut untuk memudahkan pergerakan kami bersama asnaf zakat tersebut.

1 comment:

  1. assalamualaikum, saya dayana. saya berminat untuk mengetengahkan program ini untuk assignment saya. boleh saya tahu penaja ? dan ada tak video rakaman untuk program ini ? terima kasih

    ReplyDelete