Thursday, December 30, 2010

Sumbangan Pakaian Sekolah : Rumah Hembusan Kasih Arau, Perlis

Alhamdulillah pada awal pagi 26 Disember 2010 baru ini, kami berenam telah ke RUMAH HEMBUSAN KASIH di Arau, Perlis. Rumah ini menempatkan 35 orang anak-anak yang terdiri dari golongan asnaf zakat (anak yatim, anak yatim piatu, dhaif), berumur 12 tahun ke bawah.

 
Sdr Zahir bersama sukarelawan dari Kuala Lumpur di rumah penginapan keluarga salah seorang dari sukarelawan di Asun, Kedah.

Siap berkhemah. Kami tiba dalam 835am. Anak-anak ini bersarapan dahulu sebelum memulakan aktiviti.


 Ini adalah antara program INFAQSAYA (http://www.infaqsaya.com.my/) menghantar, membahagikan dan memberikan pungutan sumbangan / infaq para penderma kepada mereka yang memerlukan.

Kehadiran kami disambut dengan baik oleh pengurus rumah tersebut, penjaga-penjaga serta wakil ABIM Perlis. ABIM selaku wakil yang membantu koordinasi program ini di sana. Kami disambut dengan ucapan aluan pengurus rumah tersebut dan persembahan nasyid oleh adik-adik yang menetap di rumah itu.

KENAPA IA DIPILIH?

  • Belum mendapat bantuan dari Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (dah mendaftar)
  • hanya mendapat bantuan dari pihak individu dan syarikat. Ada masa hanya cukup-cukup dan ada masa tak cukup
  • pengurusan rumah perlindungan ini nampaknya amat baik dan sistematik
  • kurang mendapat perhatian umum 


Untuk maklumat lanjut berkenaan rumah perlindungan dan anak yatim ini, sila layari http://hembusankasih.org/site/

OBJEKTIF LAWATAN INI

  • Memberi sumbangan pakaian (2 set seorang) untuk mereka yang akan bersekolah
  • Jika ada lebihan duit , bantuan dalam bentuk wang tunai kepada rumah tersebut
  • Membantu memberikan "exposure" kepada masyarakat berkenaan kewujudan dan keperluan rumah perlindungan tersebut
  • Investment dikubur dan akhirat kelak InsyaAllah (untuk penyumbang & sukarelawan & semua yang terlibat)

persembahan nasyid menyambut kehadiran kami oleh anak-anak perempuan

persembahan nasyid oleh adik-adik lelaki pulak. macam-macam gaya ada. macam silat ada, macam kungfu ada.. hu hu.. kreatif & innovatif

Sdr Zahir, saya, sukarelawan, pengurus rumah dan penjaga serta anak-anak bergambar beramai-ramai sebelum sessi "bershopping"

mari naik bas ramai-ramai. Bas sewa untuk ke Kangar.

ni le tempat "shopping" nye. Memang Sakan le kami borong. Alhamdulillah dan terima kasih juga kepada pemilik Pasaraya Borong Sakan , Tn Hj Omar yang memberikan diskaun lagi. Dah la harga murah, ada diskaun lagi. 

INGIN MENYUMBANG?
Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk kewangan dan/atau tenaga, sila lawati http://www.infaqsaya.com.my/. atau boleh hubungi Sdr Zahir 012-381 2524.

dah tak sabar-sabar ni.. nak masuk dah Pasaraya Borong Sakan..

para sukarelawan membantu. Mereka dibahagi kepada kumpulan kecil supaya mudah membantu, memantau dan merapatkan silaturrahim dengan adik-adik ini

sdr Zahir sedang ditemuramah oleh media. Ni dari Kosmo atau Sinar Harian?.. maaf terlupa. 

Alhamdulillah. Adik-adik ni sedang sibuk memilih, mencuba dan membeli pakaian sekolah. Pakaian terdiri dari baju, seluar / kain, talipinggang, kasut, stokin.

seronoknya adik ni. Alhamdulillah. Dapat 2 pasang, jaga baik-baik ye. 

yeah.. yeah.. nak try gak. muat ke tidak seluar ni. Alhamdulillah dapat 2 pasang pakaian sekolah seorang. 

Ni tengah dok pilih kasut la plak. Alhamdulillah staf Pasaraya pun ada membantu melicinkan perjalanan dan proses pembelian tersebut.

sedang bergaya & posing. sebab cameraman dari Harian Metro, Kosmo & Sinar Harian nak ambil gambar. Senyum.. nampak gigi sikit.. he he.

ni dah penat membeli belah. sementara nak tunggu cashier kira, kita ambil gambar la ye. klik klik.

sessi terakhir sebelum kami beredar. beri cenderahati (macam door gift, tapi door gift bagi masa sampai, yang ini terbalik pulak)

ada apa ye dalam tu?

sedang membelek dan "bertukar-tukar pendapat". Ada satu set pensil, buku nota, buku cerita, buku mewarna dan kotak pensil. 

kami bergambar bersama pengurus rumah Hembusan Kasih , Puan Halimaton. 

Alhamdulillah. Keratan akhbar dalam KOSMO 27 Disember 2010. 


Alhamdulillah, program ini berjalan lancar dan licin. Selepas 3pm gitu, kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. InsyaAllah di masa lain, aktiviti infaq akan berterusan kerana itulah tanggungjawab kita. Semoga ia mendapat keredhaan Allah dan menjadi "investment" untuk kita di dalam kubur & akhirat kelak, InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment